Cotton ialah kapas. Kapas ialah tumbuhan semula jadi yang dikurniai oleh Allah, pencipta alam ini untuk manusia, makhluk ciptaan-Nya. Kapas merupakan salah satu bahan daripada pokok kapas yang digunakan oleh manusia untuk membuat pakaian dan ianya digunakan di seluruh negara.
Mungkin anda ialah salah seorang penggemar atau suka memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas. Satu soalan, mengapa anda meminati pakaian kain kapas? Sudah tentu anda ada jawapan dan alasan anda sendiri. Walau apa pun pandangan anda, sebagai seorang peminat kain kapas, anda perlu tahu apa kelebihannya.
Kapas mempunyai banyak kelebihan. Berikut adalah kelebihan kapas yang ingin kami kongsikan dengan anda.
- Mengawal kelembapan.
Sifat kapas menyerap cecair. Oleh itu kain kapas boleh menyerap lembapan daripada kulit kita. Ia akan membuat kita sentiasa selesa apabila badan berpeluh disebabkan kita seorang yang aktif, bersenam, keadaan fizikal badan yang mudah berpeluh atau kulit lembab dan sebagainya. Ini juga dapat mengelak daripada badan berbau. - Penebat haba.
Pakaian kain kapas akan melindungi kita daripada haba pada musim panas mahu pun pada musim sejuk. Ini kerana kain kapas mempunyai penebat haba di mana antara gentian kain akan memerangkap udara. Kita akan berasa selesa memakainya walau apa pun keadaan cuaca. - Melindungi alahan
Kain kapas jarang menyebabkan reaksi alahan berlaku oleh itu individu yang mempunyai alahan kulit atau habuk amat sesuai memakai pakaian jenis kapas. Ini kerana kapas merupakan hypoallergenic yang tidak memerangkap hama atau habuk yang memberikan kesan negatif kepada kulit. Ini sebabnya kain kapas sesuai dijadikan pakaian bayi. Dalam bidang perubatan, kapas digunakan oleh doktor dalam operasi pembedahan atau rawatan perubatan seperti penggunaan kain pembalut luka dan sebagainya. - Kalis cuaca
Kain kapas menjadi fabrik yang tahan semua jenis cuaca kerana pembinaan serta kekemasannya. Kalau tempat beriklim panas, tidak terasa panas kerana sifatnya berongga yang memberikan pengaliran udara kepada badan dan ianya digunakan untuk membuat baju sejuk atau pakaian tebal yang berfungsi untuk menahan cuaca sejuk serta mengekalkan keselesaan pakaian tersebut. - Selesa.
Pakaian yang diperbuat daripada kapas sangat lembut dan mudah diurus. Makcik-makcik kita dulu pun guna kain kapas untuk buat baju kurung atau kain basahan. Ia sangat selesa apabila dijadikan pakaian. Ciri-ciri lembut dan selesa ini juga menyebabkan ianya menjadi pilihan untuk pakaian dalam wanita mahu pun lelaki. - Tahan lasak.
Kain kapas mempunyai gentian yang kuat dan tahan pada suhu tinggi. Kita tidak perlu risau merendam kain kapas dalam air panas pada suhu didih untuk tujuan pembersihan kerana struktur material kapas itu utuh dan tidak rosak. Forum Antarabangsa untuk promosi kapas telah menyatakan bahawa kapas mempunyai kekuatan dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh itu, ia sukar untuk rosak dan lusuh malah kain kapas adalah jenis yang tahan lama dan berkualiti. - Mendapat pahala.
Pakaian kain kapas adalah menjadi kesukaan baginda Rasulullah. Kalau kita menyukainya bermakna kita mengikuti sunnah Rasulullah dan mendapat pahala daripada Allah. Dalam satu hadis Anas bin Malik r.a:, diriwayatkan daripada Qatadah r.a katanya, “Kami bertanya kepada Anas bin Malik, pakaian apakah yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab, Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihias.
#drjahitpukalhq
#kedaijahitanbeyondbellayz
#kedaiuniforms
#Uniformspenjawatawam